Penunggang motosikal hilang jatuh jambatan
ISKANDAR PUTERI - Seorang penunggang motosikal dikhuatiri hilang selepas terjatuh di Jambatan Secondlink menghala ke Singapura pada awal pagi Rabu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Noh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.17 pagi.
Menurutnya, satu pasukan keluaran operasi melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri telah dihantar ke lokasi.
"Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai sudah terjatuh dan hanya terdapat sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan.
"Buat masa ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya.
Difahamkan, setakat ini, pihak bomba masih belum menemui mangsa.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!