'Permudahkan urusan pasangan mualaf'

Bung Moktar Radin
Bung Moktar Radin
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap pegawai kerajaan dapat mempermudahkan dan menyelesaikan urusan pasangan mualaf di Mahkamah Syariah di negeri ini.

Beliau menyatakan pendapatnya itu ketika mencelah perbahasan ADUN Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Penubuhan Mahkamah Syariah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.

"Saya sehaluan dengan Yang Berhormat, saya juga mendapat aduan daripada pelbagai pihak khususnya pasangan mualaf yang baru memeluk Islam. Seharusnya Islam ini mudah dan mempermudahkan urusan-urusan pasangan masing-masing.

"Tetapi apa yang kita terima keluhan daripada masyarakat Islam. Pegawai-pegawai kita yang bertugas di mahkamah mempersulitkan urusan mereka," katanya.

Tambah beliau lagi, urusan perceraian pasangan Islam dalam mahkamah syariah antara yang sukar diselesaikan di mahkamah syariah.

"Jadi apakah Yang Berhormat mungkin boleh mencadangkan kepada menteri permudahkanlah sebab mereka diberikan amanah duduk di situ untuk menyelesaikan urusan-urusan bagi pihak orang Islam.

"Kalau sudah pasangan tidak boleh sehaluan tetapi tergantung bertahun-tahun, bercerai pun tidak. Jadi inipun dosa kepada kita semua, dosa kepada menteri sebab pegawai-pegawai ini orang menteri," katanya.

Aliakbar dalam pada itu bersetuju dengan pendapat tersebut dan memohon supaya ia dimasukkan dalam ucapan bahasnya.

Artikel Berkaitan:

"Kita selalu mendengar keluhan daripada rakyat di mana-mana termasuk di media sosial atau kita jumpa secara bersemuka khususnya berkaitan dengan kelewatan penyelesaian kes di mahkamah syariah.

"Antaranya juga adalah soal kepayahan atau kesusahan untuk berurusan di mahkamah syariah," katanya.

Sehubungan itu, Aliakbar dalam ucapan bahasnya mencadangkan supaya diwujudkan mahkamah syariah di setiap daerah atau mahkamah bergerak bagi memudahkan masyarakat Islam berurusan berkaitan dengannya.

RUU yang dibentangkan oleh Datuk Mohd Arifin Mohd Arif selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam Sabah diluluskan secara sebulat suara melalui undian suara dalam sidang DUN kali ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!