Keputusan kes bekas pengarah syarikat kemuka dokumen palsu ditangguhkan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menangguhkan keputusan terhadap bekas pengarah sebuah syarikat, M Sundharam, 35, atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu, apabila tertuduh dimaklumkan tidak hadir kerana mengalami keracunan makanan dan telah mendapat sijil cuti sakit daripada sebuah hospital swasta.

Keputusan penangguhan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Mohd Kamal Ariffin Ismail, setelah dimaklumkan oleh peguam, Nur Zafirah Norizan ketika pertuduhan dibacakan menerusi prosiding yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Sundharam didenda RM21,000 selepas mengaku salah terhadap empat tuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan permohonan Insentif Pengambilan Pekerja PERKESO membabitkan jumlah RM62,120, tiga tahun lalu.

Sundharam didakwa mengemukakan dokumen itu kepada pegawai PERKESO dengan niat hendak memperdayakan agensi terbabit yang mana mereka tahu dokumen berkenaan mengandungi pernyataan palsu mengenai nama pekerja baharu yang mana 10 penama dalam borang terbabit bukan pekerja syarikat berkenaan dan dibuat dengan maksud mengelirukan PERKESO.

Pada masa sama, bekas isteri tertuduh, P Poowesna, 36, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan.

Kedua-dua tertuduh yang sebelum ini merupakan pasangan suami isteri, boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda jumlah terbabit atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Zahida Muhammad Ruzi manakala Poowesna pula diwakili peguam, Muhammad Mohd Nasir dan Sundharam diwakili peguam, Nur Zafirah Norizan.

Sementara itu, Nur Zafirah memaklumkan anak guamnya, Sundharam tidak dapat hadir kerana mengalami keracunan makanan sejak pagi tadi dan telah mendapat sijil cuti sakit daripada sebuah hospital swasta

Artikel Berkaitan:

Hakim kemudiannya menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh bagi pendengaran 'plea bargain' selain menetapkan keputusan terhadap Sundharam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!