Lima pempengaruh didakwa promosi judi dalam talian

 Lima pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas satu pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di laman sosial, pada Jun lalu. Gambar hiasan
Lima pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas satu pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di laman sosial, pada Jun lalu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas satu pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di laman sosial, pada Jun lalu.

Aileen Koh Ooi Leng, 29; Hayatunnuffus Zakariya, 32; Nurul Syifa Aliya Adanan, 21; Nurazalina Mustafa, 28; dan Noor Shahnez Marzuani, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aina Azahra Tun Arifin dan Illi Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, Aileen didakwa mempromosikan judi di tempat awam secara dalam talian di sebuah restoran di Sentul di sini, pada jam 8.23 pagi, 13 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 sehingga RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi Hayatunnuffus dan Noor Shahnez, mereka didakwa mengumumkan atau menerbitkan dengan cara mempromosikan platform perjudian dalam talian di akaun Instagram milik mereka untuk mengajak atau memperdaya mana-mana orang untuk berjudi di rumah judi terbuka.

Kesalahan itu masing-masing didakwa dilakukan di dua restoran di Bandar Tun Razak dan Taman Maluri di Cheras, pada jam 9 dan 9.30 pagi, hari yang sama.

Dua lagi tertuduh, Nurul Syifa dan Nurazalina didakwa membantu menjalankan promosi perjudian atas talian menerusi akaun Instagram kendalian mereka, masing-masing menggunakan telefon pintar jenis iPhone 11 Pro Max dan iPhone 13 Pro.

Kedua-dua wanita terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Unit Pencegahan Perjudian D7, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Wangsa Maju, masing-masing pada jam 7 dan 7.30 pagi pada tarikh yang serupa.

Artikel Berkaitan:

Empat wanita ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 sehingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, hukuman denda minima RM5,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

Mahkamah kemudian membenarkan kemudian membenarkan Hayatunnuffus dan Aileen Kohdengan jaminan RM4,000 manakala Nurul Syifa, Nurazalina dan Noor Shahnez diikat jamin RM5,000.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 15 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!