Kastam Sarawak rampas dadah 60kg bernilai hampir RM2 juta

Kastam menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak bagi tahun ini dengan sejumlah 60.67kg dadah bernilai RM1.9 juta yang disembunyikan di dalam kotak barangan elektrik. Foto Bernama
Kastam menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sarawak bagi tahun ini dengan sejumlah 60.67kg dadah bernilai RM1.9 juta yang disembunyikan di dalam kotak barangan elektrik. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 60.67 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM 1.9 juta yang disembunyikan di dalam kotak barangan elektrik, dalam serbuan di beberapa tempat sekitar sini minggu lepas.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata, dua lelaki berumur 19 dan 22 tahun turut ditahan oleh pasukan kastam dari Bahagian Penguatkuasaan dan Cawangan Narkotik dalam serbuan pada 4 Julai lepas itu.

Beliau berkata, mereka ditahan di pekarangan sebuah syarikat kargo dalam operasi bersama dengan polis yang telah bermula bermula sejak 1 Julai lepas.

Norizan menunjukkan bungkusan dadah pada sidang media di bangunan Wisma Kastam pada Rabu. Foto Bernama
Norizan menunjukkan bungkusan dadah pada sidang media di bangunan Wisma Kastam pada Rabu. Foto Bernama

"Suspek ditahan bersama 10 kotak yang berada dalam kawalannya yang disimpan di dalam sebuah lori.

"Pemeriksaan awal membawa kepada penemuan 60 paket bercetak ‘Guan Yi Wang’ berwarna keemasan dengan kandungannya disyaki ketulan kristal (dadah),” katanya pada sidang media di Wisma Kastam di sini, pada Rabu.

Norizan berkata, kes itu mungkin mempunyai kaitan dengan dua kes tangkapan terdahulu, masing-masing di Kuching pada Mac dan di Miri pada Jun lepas kerana menggunakan modus operandi yang sama iaitu perkhidmatan kargo udara dari Kuala Lumpur ke Kuching, dengan membuat pengikraran tidak benar di borang Kastam.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat dalam kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Dengan berat yang agak signifikan, maka kita tidak menolak kemungkinan ramai individu yang terlibat. Pegawai penyiasat sedang mendalami beberapa aspek dan kita optimis kes ini dapat dirungkai dalam sedikit masa lagi,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!