Riuh Euro semakin hangat, pelbagai hadiah menanti pengunjung

Pemilik Restoran Hakim, Hakimsa (kiri) turut memilih menggunakan produk keluaran Mahsuri Dagang dalam masakannya.
Pemilik Restoran Hakim, Hakimsa (kiri) turut memilih menggunakan produk keluaran Mahsuri Dagang dalam masakannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena Euro 2024, acara khas Riuh Euro dengan tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi anjuran Sinar Harian di Restoran Hakim menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik kepada pengunjung.

Riuh Euro adalah kolaborasi bersama Sinar Harian, Astro Biz dan Restoran Hakim.

Acara ini juga merupakan salah satu acara berbentuk komuniti dan bertemakan sukan anjuran Sinar Harian dengan rakan strategik terbabit termasuklah Mahsuri Dagang.

Menariknya orang ramai yang hadir berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk 10 jam tangan taktikal keluaran khas ditaja Jeffri Mansor dengan menyertai aktiviti sepanjang Riuh Euro.

Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, pihaknya pula menaja tawaran hadiah berjumlah hampir RM5,000 termasuk 350 pengunjung terawal akan menerima 'goodie bag' tajaan Mahsuri Dagang.

"Selain itu, 400 pengunjung terawal juga akan mendapat makanan percuma anjuran bersama Mahsuri Dagang (200 bungkus) dan Astro Biz (200 bungkus)," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Tambahnya, kerjasama bersama rakan strategik terbabit sebenarnya sudah lama terjalin terutama Restoran Hakim yang turut memilih untuk menggunakan produk keluaran Mahsuri Dagang.

Sementara itu, pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim pula berkata, beberapa tetamu kenamaan dijangka turut memeriahkan acara itu antaranya, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Restoran Hakim bukan sahaja akan menyediakan lebih 4,000 kerusi dan meja malah memberi jaminan keselamatan serta keselesaan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

"Kemudahan tersebut disediakan supaya peminat bola sepak berasa selesa ketika menonton sepanjang perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2024 di restoran ini.

"Kita juga mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memastikan program berjalan lancar," ujarnya.

Jelas Hakimsa, Restoran Hakim pernah menganjurkan program sempena Piala Dunia tahun lalu dan tahun ini sekali lagi bekerjasama dengan Sinar Harian menganjurkan Riuh Euro 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!