Pas tidak campur urusan Bersatu

Mohd Amar ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kelantan Internasional Conference 2024 (KelMIC2024) di sini, pada Rabu.
Mohd Amar ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kelantan Internasional Conference 2024 (KelMIC2024) di sini, pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas tidak akan mencampuri urusan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), membabitkan akujanji atau setia bersama parti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, parti itu juga tidak terlibat dalam pemilihan calon pilihanraya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menurut beliau, Pas dan Bersatu mempunyai kaedah berbeza dalam aspek kesetiaan calon kepada parti sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) lagi.

"Bersatu ada aku janji, calon Pas ada bai'ah dengan parti, kita tidak ganggu, itu hak parti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kelantan Internasional Conference 2024 (KelMIC2024) di sini, pada Rabu.

Mohd Amar berkata, Pas juga tidak berhasrat mencadangkan calon Bersatu membai'ah bagi menjamin kesetiaan mereka kepada Perikatan Nasional (PN).

"Kita tidak akan mengganggu urusan itu kerana perjanjian kesetiaan bersama parti merupakan hak parti masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Pas masih belum membuat keputusan berkaitan calon parti itu yang akan bertanding pada PRK Nenggiri.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai di peringkat pimpinan tertinggi PN. Sekarang ini banyak bersifat cadangan tetapi keputusan muktamad belum ada.

"Kita tunggu pimpinan tertinggi PN bermesyuarat dahulu," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!