JPJ Pahang kutip lebih RM242,000 hasil lelong kenderaan sita

Antara kereta dan motosikal yang dilelong pada lelongan awam kenderaan lucut hak siri 1/2024 JPJ Pahang pada Rabu.
Antara kereta dan motosikal yang dilelong pada lelongan awam kenderaan lucut hak siri 1/2024 JPJ Pahang pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mencatat kutipan RM242,970 hasil lelongan awam kenderaan lucut hak siri 1/2024 pada Rabu.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, lelongan siri pertama tahun ini melibatkan 84 kenderaan terdiri 54 motosikal, kereta (17), kenderaan pelbagai guna dan lori masing-masing enam dan sebuah van.

Menurutnya, daripada keseluruhan kenderaan dilelong, 16 daripadanya merupakan kenderaan klon.

Proses lelongan awam kenderaan lucut hak siri 1/2024 JPJ Pahang yang berlangsung di Dewan Sri Makmur Ibu Pejabat JPJ Pahang pada Rabu.
Proses lelongan awam kenderaan lucut hak siri 1/2024 JPJ Pahang yang berlangsung di Dewan Sri Makmur Ibu Pejabat JPJ Pahang pada Rabu.

"Sebanyak 76 kenderaan berjaya dilelong dengan 74 pembida hari ini (Rabu).

"Bidaan tertinggi RM32,000 bagi kereta klon jenis Honda Integra tahun 2005 yang dibuka pada harga bidaan permulaan RM12,600.

"Bidaan terendah RM70 bagi dua motosikal jenis Modenas Kriss Kristar dan SYM BX 110," katanya.

Kamarul Iskandar berkata, daripada 84 kenderaan itu, 21 adalah kenderaan 'scrap' yang tidak boleh dilesenkan terdiri daripada 11 motosikal, lori (5), kereta (3), kenderaan pelbagai guna dan van masing-masing sebuah.

Artikel Berkaitan:

"Kenderaan yang dilelong kali ini merupakan kenderaan lucut hak atas pelbagai kesalahan termasuk kenderaan klon.

"Pada lelongan siri 2/2023, 24 Oktober tahun lalu, JPJ Pahang berjaya mengutip RM183,140 melibatkan 51 kenderaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!