Wanita OKU rentung dalam kebakaran tiga rumah
SIBU - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini pada Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak berkata, mayat Kong Kim Ngin, 52, ditemukan di pintu bilik rumahnya pada kira-kira jam 9.27 pagi.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.04 pagi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu Sentral dihantar ke lokasi dengan kekuatan 18 anggota dan dua jentera.
"Kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis struktur tidak kekal dan hangus sepenuhnya. Jumlah keseluruhan penghuni terlibat seramai 26 orang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. - Foto Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!