[VIDEO] Syed Saddiq tidak habis larian, akui ada kesilapan catatan masa

A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada Ahad lalu menyebabkan beliau dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Ujar Syed Saddiq, status beliau untuk triathlon tersebut kini telah ditukar kepada tidak habis larian iaitu DNF.

Menerusi hantaran di platform X pada Rabu, Syed Saddiq secara terbuka memohon maaf atas perkara tersebut.

“Saya telah menerima kemas kini dan data terkini seperti yang diminta. Data yang diberi oleh pasukan teknikal ini merangkumi pecahan dari setiap pusingan.

"Selepas merujuk semula dengan data jam tangan pintar saya, jelas terdapat kesilapan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara tersebut.

"Ini adalah kesilapan yang jujur ​​di pihak saya. Walaupun menyemak semula masalah semasa perlumbaan dan memaklumkan kepada pasukan teknikal, namun sebagai peserta saya sepatutnya lebih bertanggungjawab,” katanya pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Syed Saddiq akui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada Ahad lalu menyebabkan beliau dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Syed Saddiq akui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada Ahad lalu menyebabkan beliau dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, beliau juga turut memohon maaf kepada komuniti triathlon dan akui sepatutnya lebih berhati-berhati berhubung isu berkenaan.

“Selepas bercakap dengan penganjur dan wakil teknikal, lebih baik status saya adalah DNF.

“Mereka juga mengakui bahawa ini adalah kesilapan yang jujur,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan yang mengatakan Syed Saddiq tidak menghabiskan perlumbaannya ketika kejohanan triathlon tersebut sekali gus mempersoalkan kemenangan beliau di tempat yang ketiga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!