Pengawal keselamatan didakwa rogol remaja OKU

Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan OKU fizikal (kerdil) di sebuah rumah, Februari lepas.
Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan OKU fizikal (kerdil) di sebuah rumah, Februari lepas.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal (kerdil) di sebuah rumah, Februari lepas.

M Pikri Mohamed, 43, didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun yang juga jirannya di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh masing-masing pada jam 5 petang, 10 dan 11 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Zulkifli Abllah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan hadir sebulan sekali di balai polis berdekatan dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 12 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili Peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharrudin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!