Negeri Sembilan tumpu sektor pertanian tingkat KDNK

Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan tumpuan terhadap sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan KDNK. Gambar hiasan (Gambar kecil: Aminuddin)
Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan tumpuan terhadap sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan KDNK. Gambar hiasan (Gambar kecil: Aminuddin)
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan tumpuan terhadap sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, salah satu usaha itu adalah pelaksanaan pemberian lesen pendudukan sementara (LPS) kepada petani bagi merangsang aktiviti pertanian dan meningkatkan sumbangan sektor tersebut kepada ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri meluluskan permohonan LPS kepada mereka berminat mengusahakan pertanian secara tanaman kontan selain menumpukan pembangunan tanah berkeluasan sekitar bawah 2.42 hektar bagi aktiviti pertanian lain dan ternakan yang dapat memberi keuntungan kepada petani negeri ini.

“Pilihan petani ini ada asasnya, mereka memikirkan penanaman yang dapat memberikan keuntungan sebab itu kerajaan negeri bersedia meluluskan LPS ini bagi memastikan industri pertanian dapat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.

Ujar beliau, pihaknya juga ada menerima permohonan LPS daripada pengusaha pertanian untuk tanaman buluh namun kerajaan negeri tidak mempunyai kawasan yang luas untuk tujuan tersebut.

"Selain itu, industri durian dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini juga berpotensi berkembang maju seperti tanaman durian melibatkan daerah Jelebu, Tampin, Lenggeng dan Kuala Pilah.

“Kita lihat banyak tanah baharu diusahakan (tanaman durian) dan mengeluarkan hasil, musim durian ini, memang banyak lori keluar masuk di kawasan Jelebu, ia satu perkembangan yang bagus,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pertumbuhan KDNK 1.8 peratus direkodkan bagi 2023 di negeri ini dipacu sektor perkhidmatan dan pembuatan namun sedikit menguncup 4.9 peratus bagi sektor pertanian.

Artikel Berkaitan:

“Kita masih belum berpuas hati, kita optimis mampu mencapai lebih daripada itu sebab itu kita usahakan bukan sahaja dalam sektor pengeluaran atau perkilangan tetapi kita mahu pastikan semua sektor menunjukkan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!