Harga diesel kekal RM3.35 seliter

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter untuk tempoh 11 hingga 17 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu.

Bermula 10 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi bahan api diesel yang dijual pada kadar RM3.35 seliter oleh semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata harga diesel tanpa subsidi ini sama ada berubah atau tidak, akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan semasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!