500,000 dijangka sertai Hari Peneroka Felda di MAEPS

Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery Cheek
A
A
A

PUTRAJAYA - Hari Peneroka Felda kali ke-68 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula Jumaat ini bakal menghimpunkan 500,000 peneroka dan pengunjung dari keseluruhan tanah rancangan.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pelbagai program dan pameran telah diatur sebagai pengisian sepanjang tiga hari penganjuran berskala besar itu.

"Jika sebelum ini kita hanya menjemput wakil peneroka, kali ini kita jangkakan 500,000 peneroka dari pelosok tanah air akan membanjiri MAEPS," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran lagu, Segalanya Felda di sini pada Rabu.

Menurutnya, antara program dan aktiviti dianjur termasuk Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan 2 Roda membabitkan 50,000 peserta yang bakal memecah rekod Malaysia Book Of Records

Selain itu, penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda.

"Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu," ujar beliau.

Mengulas mengenai lagu Segalanya Felda, Shabery berkata, ia mengisahkan perjuangan peneroka Felda sehingga ke tahap sekarang.

"Ia merupakan hasil kepimpinan bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien yang memulihkan Felda dan mencipta perubahan bagi masyarakat luar bandar kepada sesuatu lebih baik seperti apa dapat kita saksikan hari ini," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, lagu ciptaan air tangan Yabang Khalifah itu dilancarkan sempena Hari Peneroka tahun ini turut diperdengar secara langsung kepada hadirin dengan gabungan vokal Yabang dan Ayie Lantara.

"Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang dengan jumlahnya mencecah sehingga tiga juta orang secara keseluruhannya," kata Ahmad Shabery.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!