Syed Saddiq tidak buat pusingan U di laluan ditetapkan - Exco Johor

Syed Saddiq sebelum ini mengakui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada Ahad lalu menyebabkan beliau dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Syed Saddiq sebelum ini mengakui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada Ahad lalu menyebabkan beliau dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan tidak membuat pusingan U mengikut laluan ditetapkan dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 yang berlangsung Ahad lalu.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pihak penganjur berhubung perkara tersebut.

"Sejak semalam (Selasa) tular mengenai dakwaan beberapa pihak berkenaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempersoalkan bagaimana beliau berjaya menduduki podium dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 pada 7 Julai lalu.

"Antara dakwaan yang dipersoalkan menerusi komen-komen di media sosial adalah isu teknikal yang menimbulkan persoalan dan keraguan ramai komuniti sukan itu.

"Sehubungan itu, semakan dibuat dengan pihak penganjur. Menurut pihak penganjur 113 Triathlon Desaru 2024, Syed Saddiq dikatakan tidak membuat pusingan U mengikut laluan ditetapkan dan penyertaan Ahli Parlimen Muar itu diisytihar sebagai DNF (Did Not Finish)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut meminta mana-mana penganjur atau acara pertandingan sukan, khususnya acara besar dan bertaraf antarabangsa untuk menyenarai hitam peserta yang terbukti melakukan penipuan dalam pertandingan.

"Saya tidak mempunyai masalah berkenaan penyertaan mana-mana pihak untuk menyertai acara sukan khususnya yang dianjurkan di Johor.

"Namun sekali lagi saya ingin tegaskan, isu integriti dan penipuan adalah satu perkara yang serius dan tidak akan diberikan kompromi.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan, semua penggiat-penggiat sukan dan penggerak komuniti sebarang sukan dapat memastikan perkara ini tidak berlaku bagi membolehkan keharmonian serta semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat dapat disemarakkan lagi," katanya

Sebelum ini, Syed Saddiq mengakui kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon Ion Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada Ahad lalu menyebabkan beliau dianugerahkan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Ujar Syed Saddiq, status beliau untuk triathlon tersebut kini telah ditukar kepada tidak habis larian iaitu DNF.

Menerusi hantaran di platform X pada Rabu, Syed Saddiq secara terbuka memohon maaf atas perkara tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan yang mengatakan Syed Saddiq tidak menghabiskan perlumbaannya ketika kejohanan triathlon tersebut sekali gus mempersoalkan kemenangan beliau di tempat yang ketiga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!