Menteri Luar Suriname lawat Malaysia 10 hingga 13 Julai

Albert R. Ramdin
Albert R. Ramdin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Perniagaan Antarabangsa dan Kerjasama Antarabangsa Republik Suriname, Albert R. Ramdin akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 10 hingga 13 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), ia merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada Julai 2020.

Dalam lawatan itu, Ramdin dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Kedua-dua Menteri Luar dijangka akan meneroka peluang kerjasama dalam sektor minyak dan gas, industri pertanian, institusi kewangan serta inisiatif pembangunan keupayaan.

Ramdin juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong serta mengadakan sesi perbincangan dengan agensi dan syarikat multinasional Malaysia termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Petronas, Maybank, Khazanah Nasional dan DRB-HICOM Defence Technologies (DEFTECH).

Pada 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dengan Republik Suriname bernilai RM49.33 juta (AS$10.82 juta), iaitu peningkatan sebanyak 30.9 peratus berbanding RM36.36 juta (AS$8.26 juta) yang dicatatkan pada 2022. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!