Keropok beracun: Peket kecil dipercayai racun tikus ditemui

Pemeriksaan dibuat sekitar lokasi kejadian yang dikatakan mempunyai peket keropok tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar.
Pemeriksaan dibuat sekitar lokasi kejadian yang dikatakan mempunyai peket keropok tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar.
A
A
A

KULIM - Pemeriksaan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke rumah jiran kanak-kanak yang maut selepas termakan keropok dikesan mengandungi racun menemukan peket kecil disyaki bungkusan racun tikus di tempat longgokan sampah.

Lokasi kejadian turut dikunjungi sepasukan anggota polis yang dipercayai melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada penghuni dalam rumah berkenaan ketika pemeriksaan tersebut dibuat.

Lokasi kejadian juga hanya berjarak kira-kira 50 meter dari rumah kanak-kanak terbabit.

Pemeriksaan dibuat ke lokasi kejadian yang mempunyai peket keropok tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar. Foto PDRM
Pemeriksaan dibuat ke lokasi kejadian yang mempunyai peket keropok tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar. Foto PDRM

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan daripada dua individu berusia 53 dan 34 tahun yang disyaki mempunyai kaitan dengan keropok dikatakan mengandungi racun tikus diletak pada dawai besi sekeliling pagar kebunnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, salah seorang daripada dua kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.

Artikel Berkaitan:

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.

Peket keropok tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar. Foto PDRM
Peket keropok tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar. Foto PDRM

Dalam kejadian Ahad lalu, Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, disedari ibu mereka dalam keadaan mulut berbuih dan muntah selepas termakan keropok disyaki bercampur racun tikus.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar disyaki mengandungi racun bagi tujuan perangkap haiwan liar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!