Pempengaruh, suami ditahan SPRM disyaki seleweng kutipan derma

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi siasatan berkait dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 6.40 petang pada Rabu.

"Ia berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

"Kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok (Khamis) untuk permohonan reman," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pasangan terbabit akan direman untuk siasatan lanjut.

Sejak beberapa hari lalu, timbul tanda tanya berhubung tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Berikutan itu, pasangan itu telah tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!