Tiga beranak pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan

Ahmad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas di rumah suspek.
Ahmad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas di rumah suspek.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di dua buah rumah berasingan di Sungai Kelamah, Gemas dan Palong 3, Jempol pada Rabu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pasangan suami isteri berusia 40-an serta anak lelaki mereka berusia 16 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang.

"Suami isteri itu ditahan di rumah sewa mereka di Sungai Kelamah manakala anaknya di rumah asal mereka di Palong 3.

"Ketika ditahan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti dan hasil maklumat serta risikan dilakukan, mereka dipercayai aktif sebagai pengikut ajaran sesat terbabit sejak setahun lalu," katanya ketika ditemui di Pejabat Penguat Kuasa JHEAINS di sini pada Rabu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka juga dipercayai cuba menyebarkan ajaran terbabit kepada ahli keluarga dan masyarakat di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, ia disebarkan dalam kelompok yang kecil.

Ahmad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas di rumah suspek.
Ahmad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas di rumah suspek.

"Lelaki itu hanya bekerja sendiri dan isterinya pula hanya suri rumah manakala anaknya pula tidak bersekolah serta bekerja kedai makan.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya kita pernah mengesan ajaran ini cuba disebarkan di negeri ini pada tahun 2019 lagi dan kini nampaknya cuba disebarkan kembali" katanya.

Selain itu katanya, dalam serbuan dilakukan turut dirampas iaitu 15 barangan antaranya telefon bimbit, komputer riba dan buku nota.

Ahmad Zaki berkata, kes disiasat bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan.

"Ajaran ini difatwakan haram pada tahun 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan antara fahaman salah ajaran sesat ini ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah yang berbeza.

"Mereka juga cuba mengabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman mereka tanpa berdasarkan kitab tafsir," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!