'Zalim tidak beri peruntukan kepada pembangkang' - Syed Saddiq

Syed Saddiq (dua dari kanan) ketika Wacana Sinar edisi 447 bertajuk “Nak Peruntukan Kena Lari?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Syed Saddiq (dua dari kanan) ketika Wacana Sinar edisi 447 bertajuk “Nak Peruntukan Kena Lari?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan tindakan kerajaan yang tidak memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sebagai zalim dan tidak adil.

Syed Saddiq berkata, sepatutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang pernah diperlakukan sebegitu suatu ketika dahulu tidak akan mengulangi kezaliman kepada orang lain.

"Itu lah mahu kata Perdana Menteri memang niat jahat susah sebab saya kena husnuzon. Selalunya orang yang pernah lalui selok belok politik, kezaliman dia tidak mengulangi kepada orang lain.

"Saya harap dia akan ambil masa sikit, mungkin ada beberapa pihak yang tidak menasihati beliau dengan baik.

"Tindakan itu zalim tetapi saya berharap sifat perikemanusiaan PMX akhirnya akan menyebabkan perubahan berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 447, Nak Peruntukan Kena Lari? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Syed Saddiq ketika Wacana Sinar edisi 447 bertajuk “Nak Peruntukan Kena Lari?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Syed Saddiq ketika Wacana Sinar edisi 447 bertajuk “Nak Peruntukan Kena Lari?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dan Pengurus Kanan, Advokasi dan Program Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari.

Artikel Berkaitan:

Tambah Syed Saddiq, peruntukan bukan soal kebajikan rakyat semata-mata tetapi juga berkenaan pusat khidmat parlimen yang memerlukan kos untuk beroperasi seperti membayar gaji staf, pengawai penyelidik dan sebagainya.

Beliau memberitahu, ia mampu melahirkan pembangkang yang efektif dan boleh semak imbang dengan baik selain dapat berhujah menggunakan fakta sepertimana yang disarankan kerajaan.

"Namun, realitinya hari ini kalau kamu berada kerusi kerajaan akan dapat RM 20 juta sepenggal, ratusan ribu untuk buka pusat khidmat rakyat tetapi bagi pembangkang kosong.

"Akhirnya ia tidak dapat direalisasikan dan akan beri impak kepada kualiti perbahasan di dalam dewan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!