'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum

Perhilitan menjalankan operasi memindahkan seekor gajah betina liar yang berjaya ditangkap di Kampung Lasah, Sungai Siput.
Perhilitan menjalankan operasi memindahkan seekor gajah betina liar yang berjaya ditangkap di Kampung Lasah, Sungai Siput.
A
A
A

IPOH - Seekor gajah betina yang ditangkap selepas berkeliaran di Kampung Lasah, Sungai Siput sejak Mei lepas, telah dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik pada Rabu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar ‘Yong Manis’ ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.

"Operasi memindahkan Yong Manis ke Taman Negeri Royal Belum mengambil masa kira-kira tiga jam dengan kekuatan 26 anggota Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.

"Kita menerima aduan kejadian gajah menceroboh kawasan kampung berkenaan sejak awal Mei menyebabkan bukan hanya tanaman durian malah kebanyakan pokok sawit dan getah milik penduduk kampung turut musnah,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Penduduk Kampung Lasah boleh menarik nafas lega apabila Yong Manis ditangkap setelah dipercayai merosakkan pelbagai jenis tanaman termasuk durian. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!