Angka korban koronavirus meningkat 55 orang

Ratusan doktor tentera kini dikerahkan ke Hubei. -Foto AFP
Ratusan doktor tentera kini dikerahkan ke Hubei. -Foto AFP
A
A
A

WUHAN - Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 55 orang.

Di Hubei, wilayah paling teruk terjejas dengan 13 kes kematian dan 323 kes baharu dilaporkan.

Ratusan doktor tentera kini dikerahkan ke Hubei dan pihak berkuasa berusaha membina hospital baharu untuk menempatkan pesakit wabak berkenaan.

Setakat ini, lebih 1,700 kes jangkitan di seluruh dunia disahkan termasuk kes terbaharu di Kanada.

Virus itu juga sudah tersebar di seluruh China dan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi kes positif koronavirus di Malaysia

Koronavirus: Mayat pesakit tersadai di koridor hospital

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!