Kerajaan dijangka percepat usaha kawal selia platform media sosial

Kerajaan dijangka mempercepatkan usaha untuk mengawal selia platform media sosial susulan insiden seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa maut kerana tertekan akibat buli siber. Gambar hiasan (Gambar kecil: Azwa)
Kerajaan dijangka mempercepatkan usaha untuk mengawal selia platform media sosial susulan insiden seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa maut kerana tertekan akibat buli siber. Gambar hiasan (Gambar kecil: Azwa)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dijangka mempercepatkan usaha untuk mengawal selia platform media sosial susulan insiden seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa maut kerana tertekan akibat buli siber.

Ketua Kluster Penyelidikan (Teknologi Pintar dan Sistem) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Azwa Abdul Aziz berkata, dengan adanya langkah yang lebih teratur ia dapat menyekat perbuatan menjurus kepada jenayah itu.

“Kes buli siber sebenarnya telah lama berlaku iaitu sejak lebih 20 tahun lalu. Namun ketika itu penggunaan media sosial tidaklah terlalu terbuka seperti yang berlaku hari ini.

“Tetapi, pada hari ini kita melihat masyarakat khususnya generasi muda boleh dikatakan terlalu bergantung kepada internet atau digital. Faktor inilah yang kita perlu bimbang dan atas sebab itulah perlunya usaha untuk kawal selia (platform media sosial),” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan kerajaan akan mempercepatkan tindakan untuk kawal selia platform media sosial susulan insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Beliau berkata, pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang maut kerana tertekan akibat buli siber.

Sementara itu, Azwa dalam masa sama turut mencadangkan supaya garis panduan dalam akta sedia ada mengenai penggunaan internet atau alat komunikasi di negara ini diteliti semula.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana katanya, akta sedia ada belum mencukupi untuk mengekang perbuatan buli siber dan juga isu agama, raja dan kaum (3R) yang berlaku di pelbagai platform media sosial ketika ini.

“Garis panduan sebegini perlu untuk meningkatkan keselamatan pengguna media sosial, selain turut mendidik masyarakat agar lebih berhemah dalam menggunakan teknologi itu,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!