Setuju atau tidak, saringan HIV seawal 16 tahun?

Cadangan menurunkan had usia ujian saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun dikatakan mampu membendung penularan penyakit tersebut dalam kalangan remaja.
Cadangan menurunkan had usia ujian saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun dikatakan mampu membendung penularan penyakit tersebut dalam kalangan remaja.
A
A
A

CADANGAN menurunkan had usia ujian saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun dikatakan mampu membendung penularan penyakit tersebut dalam kalangan remaja.

Cadangan tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti malah turut menangani realiti golongan tersebut yang semakin terkesan dengan epidemik tersebut.

Bagaimanapun cadangan tersebut menimbulkan respon yang pelbagai dalam kalangan orang awam.

Ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan idea tersebut namun masing-masing datang hujah tersendiri.

Namun langkah proaktif perlu dilakukan supaya proses membendung penularan HIV dalam kalangan remaja dapat diatasi dengan tuntas.

Positif

Perlu saringan awal, isu seksual semakin terbuka

PADA pandangan saya, remaja seawal usia 16 tahun perlu melakukan ujian saringan HIV kerana melihat kepada perkembangan semasa selain pendedahan terhadap isu sosial dan seksual yang semakin terbuka.

Bagi menangani masalah itu, pendidikan seks perlu diperkasakan dalam silibus pembelajaran terutama di peringkat sekolah menengah.

Artikel Berkaitan:

Ramai berpandangan bahawa silibus berkaitan pendidikan seks menggalakkan ke arah masalah moral tetapi ia menekankan pengenalan mengenai tanggungjawab diri termasuk memahami perbezaan gender, adab, akhlak dan hubungan antara lelaki serta perempuan.

Oleh itu, saya berpendapat ia perlu diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan silibus dapat membentuk pemahaman pelajar.

Usia 16 tahun merupakan masa terbaik untuk membentuk pola pemikiran mereka terutama dalam membuat pilihan baik atau buruk dalam hidup.

Langkah pencegahan awal adalah lebih baik selain komunikasi antara remaja dan kedua ibu bapa mereka supaya masing-masing memahami situasi atau konflik yang dihadapi oleh anak-anak.

Sebagai ibu bapa jangan terus menghukum tetapi cuba membuka ruang untuk berkongsi dan berbincang bagi mendorong untuk kembali ke pangkal jalan.

Jika mereka terjebak dalam situasi yang sukar bantu mereka keluar dari persekitaran yang buruk dan bawa ke tempat yang lebih baik.

*Naib Presiden Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Malaysia (Abim), Fatin Nur Majdina Nordin.

Fatin Nur Majdina
Fatin Nur Majdina

Bangkang

Suka dilaksanakan kerana melibatkan maruah keluarga

SAYA tidak menafikan saringan awal HIV pada usia 16 tahun adalah sangat baik tetapi kita perlu memberi pendedahan mengenai jangkitan atau penyakit ini sejak mereka berusia 13 tahun kerana tiada guna jika membuat saringan tetapi tidak membuat pencegahan awal.

Walaupun cadangan yang dikemukakan itu membantu mengesan individu yang menghidap HIV tetapi saya menjangkakan perkara ini sukar dibendung selagi individu berasa malu untuk membuat pengakuan.

Pelaksanaan boleh dibuat tetapi saya tidak nampak ia akan ada sambutan tinggi dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.

Selain itu, mereka berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk melakukan ujian klinikal dan perkara itu lebih sukar terutama jika keputusan klinikal tidak menyebelahi pesakit.

Perkara ini sangat sukar untuk dilaksanakan walaupun ramai yang memberi pelbagai cadangan untuk membendung penularan HIV dalam kalangan belia, hakikatnya ia melibatkan ramai pihak terutama maruah keluarga pesakit.

Perkara yang paling membimbangkan apabila pihak hospital atau badan kesihatan sedia menerima mereka untuk melakukan saringan tetapi tiada yang datang untuk melakukan sebarang ujian.

*Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohammad Farhan Rusli.

Dr Mohammad Farhan
Dr Mohammad Farhan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!