Southgate bangga persembahan pemain England

Southgate (tengah) meraikan kejayaan England dengan para pemain. FOTO: EPA
Southgate (tengah) meraikan kejayaan England dengan para pemain. FOTO: EPA
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate berbangga mengetuai The Three Lions ke final kejohanan besar pertama di luar Engalnd selepas kemenangan dramatik 2-1 ke atas Belanda pada awal pagi Khamis.

Ollie Watkins meledak gol kemenangan pada masa kecederaan di Dortmund untuk menghantar England ke perlawanan akhir pada Isnin menentang Sepanyol di Berlin.

Untuk perlawanan ketiga berturut-turut England terpaksa bangkit selepas gol awal Xavi Simons untuk Belanda.

Tetapi, para pemain England tampil dengan prestasi memberangsangkan apabila Harry Kane menyamakan kedudukan dari sepakan penalti sebelum penyerang Aston Villa, Watkins memastikan kemaraan pasukan itu ke perlawanan akhir menerusi gol lewat permainan.

"Saya sangat gembira dengan kualiti permainan kami. Saya terfikir sepanjang tempoh ini, England mempunyai 60 peratus penguasaan bola menentang pasukan dari Belanda. Jadi, ia menunjukkan England yang moden dan lebih bagus," kata Southgate.

Dia juga telah dikritik hebat selepas pasukannya memerlukan gol penyamaan lewat menentang Slovakia dan Switzerland untuk mara ke suku akhir.

Tetapi dalam empat kejohanan utama dibawah kendaliannya, Southgate telah membawa England ke dua perlawanan akhir, separuh akhir dan suku akhir.

Dan dia tidak sabar untuk menebus kekalahan pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi penentuan penalti kepada Itali di Wembley tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Satu-satunya sebab saya melakukan tugas ini untuk cuba dan membawa kejayaan kepada England sebagai sebuah negara dan untuk cuba meningkatkan bola sepak Inggeris.

"Untuk dapat membawa pasukan ke final pertama di luar daripada England, saya amat berbangga.

"Tetapi sekarang sudah tentu kami datang ke sini untuk menang dan menjadi juara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!