Bas Smart Selangor medium promosi Tahun Melawat Selangor 2025

Amirudin (kanan) dan Suee Lim (tengah) bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor di pekarangan parkir Wisma Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.
Amirudin (kanan) dan Suee Lim (tengah) bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor di pekarangan parkir Wisma Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 50 buah Bas Smart Selangor dijadikan medium promosi utama sempena Tahun Melawat Selangor 2025 dengan melibatkan pengiklanan statik.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berkata, kempen pengiklanan itu melibatkan promosi ke sembilan daerah di negeri Selangor.

Ujarnya, promosi turut disokong Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang.

"Bas Smart Selangor merupakan antara medium pengangkutan awam utama di negeri Selangor dengan lebih 160 buah bas beroperasi di seluruh negeri serta lebih 50 laluan bas dan 5,378,029 juta penumpang direkodkan tahun lepas.

"Ini menjadikan Bas Smart Selangor sebagai satu medium promosi berkesan dalam pengenalan awal mengenai Tahun Melawat Selangor 2025 di pasaran domestik," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di pekarangan parkir Wisma Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Suee Lim (lima dari kiri) mengiringi Amirudin (empat dari kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor.
Suee Lim (lima dari kiri) mengiringi Amirudin (empat dari kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor.

Ujarnya lagi, laluan Bas Smart Selangor itu akan melibatkan tempat tarikan pelancongan antaranya seperti Sunway Lagoon Theme Park, Kajang Once Upon A Time Heritage Walk dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, laluan lain termasuklah SS15 Subang Jaya serta Avani Sepang Goldcoast Resort.

"Kerjasama antara Tourism Selangor dan Bas Smart Selangor itu juga akan membuka peluang kepada operator produk pelancongan di Selangor untuk mempromosikan tarikan serta tawaran pelancongan menarik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!