PAC mahu Kesuma bentang dapatan audit bebas HRD Corp

PAC mahu Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membentangkan dapatan audit bebas terhadap HRD Corp kepada pihaknya September depan.
PAC mahu Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membentangkan dapatan audit bebas terhadap HRD Corp kepada pihaknya September depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membentangkan dapatan audit bebas terhadap Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) kepada pihaknya September depan.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah yang dilakukan kementerian itu merupakan satu pendekatan tepat bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Syarikat Jaminan Kerajaan (CLBG) berkenaan.

“Langkah proaktif Kesuma membuktikan bahawa Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.

“PAC mahu Kesuma membentangkan penemuan dan dapatan pengauditan audit bebas itu kepada jawatankuasa ini apabila kementerian berkenaan dan HRD Corp dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan pada September nanti,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Kesuma melantik juruaudit profesional pihak ketiga untuk menjalankan audit bebas terhadap agensinya, HRD Corp.

Steven berkata, audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta garis panduan yang dibangkitkan dalam laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan PAC.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut menyifatkan tindakan Steven sebagai langkah proaktif kerana melakukan pengauditan bebas tersebut.

“Walaupun, perkara dilaporkan PAC dan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan ketika Steven menjadi Menteri Kesuma tetapi kesanggupan beliau membuat keputusan melantik firma audit bebas untuk melakukan pengauditan berdasarkan penemuan PAC dan JAN perlu menjadi contoh kepada menteri Kabinet lain,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!