‘Hakis kepercayaan rakyat terhadap pemimpin’ - Puad Zarkashi

Puad Zarkashi
Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap sesetengah ahli politik yang obsesi menjadi populis menyebabkan masyarakat umum mulai sangsi terhadap wakil rakyat.

Ia susulan permohonan maaf Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengakui terdapat kesilapan sewaktu Kejohanan Triathlon lon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor menyebabkan status beliau daripada tempat ketiga kepada tidak habis larian iaitu DNF.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tindakan yang dilakukan oleh Syed Saddiq itu sedikit sebanyak akan memberi kesan langsung kepada wakil rakyat yang lain.

“Saya amat bersimpati dengan Syed Saddiq. Kini dia bergelar ‘sang juara DNF’. Inilah bahana bila ahli politik terlalu obsesi menjadi populis.

“Kemenangannya dibatalkan. Syed Saddiq menghakis kepercayaan rakyat kepada pemimpin pelapis muda,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Syed Saddiq menerusi platform X membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengakui kesilapan sewaktu bertanding dalam kejohanan triathlon.

Selain itu, beliau turut akui sepatutnya lebih berhati-berhati berhubung isu berkenaan.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Puad, sebelum ini Syed Saddiq telah mencemarkan nama baik Parlimen dengan melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Kuala Lumpur sebagai tanda protes kepada kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ahli Parlimen perlu membantu rakyat di kawasan mereka yang berada dalam kesusahan.

“Kes terbaharu beliau mencemarkan nama baik Parlimen. Mujur Syed Saddiq tidak umum kejayaannya di Parlimen dan terselamat daripada dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Dia kata rakyat susah tetapi kenapa tidak selesaikan kerja sebagai wakil rakyat di Muar?” soalnya.

Pada 27 Jun lalu, Syed Saddiq melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!