KPDN serbu kilang keropok guna logo halal tamat tempoh

Pegawai KPDN memeriksa stok keropok.
Pegawai KPDN memeriksa stok keropok.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah kilang memproses makanan ringan di sini dipercayai menggunakan Logo Halal Malaysia tamat tempoh sah, pada Rabu.

Pengarahnya, RS Jegan berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) ke atas sebuah premis rumah kedai dua tingkat yang dijadikan kilang memproses keropok pelbagai perisa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut disyaki masih menggunakan Logo Halal Malaysia pada bungkusan makanan ringan walaupun sijil halal telah tamat tempoh sah.

"Serbuan ini melibatkan seramai empat anggota Penguat Kuasa KPDN Pulau Pinang dan dua orang pegawai Bahagian Pengurusan Halal, JHEAIPP.

KPDN Pulau Pinang menyerbu sebuah kilang memproses makanan ringan di Bukit Mertajam dipercayai menggunakan Logo Halal Malaysia tamat tempoh sah, pada Rabu.
KPDN Pulau Pinang menyerbu sebuah kilang memproses makanan ringan di Bukit Mertajam dipercayai menggunakan Logo Halal Malaysia tamat tempoh sah, pada Rabu.

"Kita telah menyita makanan ringan keropok pelbagai perisa dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6,748 yang mana tindakan kes diambil di bawah Perenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Jegan berkata, semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.

Beliau berkata, sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000.

Artikel Berkaitan:

"KPDN Negeri Pulau Pinang ingin memberi amaran kepada peniaga agar tidak menggunakan Logo Halal Malaysia tanpa diperakui oleh pihak berkuasa berwibawa sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!