'Bawa kenderaan awam, tapi tak ada lesen'

JPJ melakukan pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam semasa operasi di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: JPJ Kuala Lumpur
JPJ melakukan pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam semasa operasi di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: JPJ Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - [ DIKEMAS KINI] Tiada masa untuk pergi membuat ujian antara alasan diberi pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan perkhidmatan awam selepas ditahan, di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) itu dijalankan bermula jam 7 pagi di tiga lokasi iaitu di Plaza Tol Karak, Plaza Tol Gombak dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Menurutnya, operasi ini telah mengeluarkan 57 notis saman pelbagai kesalahan termasuk dua pemandu yang didapati tidak memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

"Pemandu ini memberi alasan masalah kewangan dan tiada masa untuk ambil lesen.

"Selain itu, antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada pemandu kedua (2 kes), cermin retak (6 kes), cermin gelap (5 kes), langgar syarat pengendali (1 kes), kesalahan teknikal (21 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, 20 kenderaan perkhidmatan awam juga telah diberi notis arah periksa.

Tambahnya, operasi ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan pelancongan dan kenderaan perkhidmatan awam termasuk pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Kaedah- Kaedah di bawahnya.

Operasi pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: JPJ Kuala Lumpur
Operasi pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: JPJ Kuala Lumpur

Jelasnya, sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau pun http://jpj.spab.gov.my berserta butiran pengadu dan aduan lengkap.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan operasi bersepadu besar-besaran terhadap bas persiaran di seluruh negara akan dilaksanakan bermula 2 Julai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut bagi mengesan sebarang salah laku dan ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas persiaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!