Perkasa Kedah sokong kerajaan negeri tutup premis judi

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Azrol
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Azrol
A
A
A

ALOR SETAR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah menegaskan pihaknya kekal menyokong kerajaan negeri untuk menutup sepenuhnya aktiviti perjudian di negeri terbabit.

Ketua Penerangannya, Azrol Mansor berkata, pihaknya turut memuji kerajaan negeri atas dasar dan langkah penutupan premis perjudian di Kedah berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

"Perkasa Kedah merasa kesal dan kecewa kerana ada segelintir pihak yang melakukan semakan kehakiman bagi menghalang kewujudan aktiviti perjudian yang menimbulkan banyak kesan buruk terutama sekali keruntuhan rumah tangga," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, Perkasa Kedah juga yakin mana-mana agama pun akan menghalang penganutnya daripada berjudi kerana ia lebih menguntungkan pihak yang menjalankan aktiviti perjudian ini selain tidak membawa apa-apa faedah kepada orang yang berjudi.

Pada Selasa, beberapa kedai judi berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk mengubah tindakan kerajaan Kedah yang mengharamkan mereka di negeri itu.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada berbilang pengendali perjudian yang menyasarkan keputusan pentadbiran Kedah.

Bagaimanapun, kerajaan Kedah telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 November 2022, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!