Selangor teliti penglibatan warga asing sebagai tukang masak

Ng Suee Lim
Ng Suee Lim
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan meneliti kaedah terbaik mengawal penglibatan warga asing dalam sektor perniagaan termasuk penyediaan makanan di gerai penjaja di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, ini termasuk kaedah digunakan Pulau Pinang yang melarang warga asing untuk bekerja sebagai tukang masak di gerai penjaja.

Menurutnya, tindakan Pulau Pinang itu bagus dalam memastikan kualiti perkhidmatan serta makanan itu terjaga.

Beliau berkata, berikutan penduduk yang ramai di Selangor dengan lebih daripada 7 juta orang, sekiranya ia laksanakan, berkemungkinan ramai pengusaha akan membantah.

"Bagaimanapun, perkara yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang akan kita teliti dan rujuk semula dengan Pulau Pinang berkenaan bagaimana pelaksanaan mereka.
Artikel Berkaitan:


"Kalau sesuai kita akan cuba lakukan di Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chua Wei Kiat (PH-Rawang) yang mencadangkan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang melarang warga asing bekerja sebagai tukang masak utama di gerai penjaja mulai 1 Jan 2016.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!