DBKL sita barangan milik empat peniaga di petak parkir

Kerusi dan meja disita DBKL dalam operasi pindah halangan di Kepong pada Rabu.
Kerusi dan meja disita DBKL dalam operasi pindah halangan di Kepong pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat premis perniagaan yang membuka meja di petak parkir dan tempat awam dikenakan tindakan sita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi di Kepong pada Rabu.

Menerusi kemas kini DBKL, keempat-empat premis itu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, kesalahan itu kerana membuat halangan dengan meletakkan barangan atau barang niaga di tempat awam.

Tempat awam yang dijadikan operasi kedai makan diambil tindakan oleh DBKL pada Rabu.
Tempat awam yang dijadikan operasi kedai makan diambil tindakan oleh DBKL pada Rabu.

"Kesemua barangan yang diambil tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis.

Sementara itu dalam operasi berasingan, DBKL turut melaksanakan operasi sitaan dan pindah halangan di Jalan Jejaka 7 dan Jalan Jejaka 9, Taman Maluri di sini.

Meletakkan barangan atau barang niaga di tempat awam adalah satu kesalahan.
Meletakkan barangan atau barang niaga di tempat awam adalah satu kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, stall dapur beroda, stall berkaca dan peralatan perniagaan lain.

Katanya, orang awam boleh menyalurkan maklumat atau sebarang aduan di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!