Lelaki ditahan menyamar tentera untuk makan percuma

Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota tentera di Ipoh. Foto Ihsan pembaca
Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota tentera di Ipoh. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai anggota tentera mengundang padah apabila ditahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Rabu.

Perbuatan suspek berusia 20 tahun itu disedari oleh seorang anggota tentera yang mendapati tata cara pemakaian seragam lelaki tersebut adalah salah.

Anggota tersebut telah menghampiri suspek dan meminta menunjukkan kad pengenalan tentera namun lelaki itu gagal berbuat demikian sebaliknya hanya menunjukkan MyKad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat selepas menerima laporan daripada anggota berusia 36 tahun itu.

"Tangkapan semula telah dibuat ke atas lelaki itu dan beberapa barang kes dirampas termasuk sepasang baju uniform celoreng digital warna hijau, sepasang kasut taktikal hitam, sehelai kemeja-T dan tali pinggang kancas hitam berkepala besi.

"Siasatan awal, suspek memberitahu dia memakai pakaian seragam tentera di hospital kerana mahu menarik perhatian orang ramai dan untuk mendapat makanan percuma," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Menurut beliau, suspek turut menyatakan minat untuk menjadi seorang anggota tentera.

"Suspek memaklumkan bahawa pakaian seragam tentera itu dibeli di sebuah kedai pakaian di Tambun.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian askar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!