Pemandu lori balak tiada lesen memandu - Polis

Pada Selasa lepas, seorang wanita nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di persimpangan berkenaan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat kecederaan parah.
Pada Selasa lepas, seorang wanita nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di persimpangan berkenaan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat kecederaan parah.
A
A
A

GUA MUSANG - Pemandu lori yang terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Suprintenden, Sik Choon Foo berkata pemandu berusia 24 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang pada hari yang sama.

"Pemandu itu datang ke balai untuk menyerah diri dan mengakui kesalahannya yang tidak mempunyai lesen memandu.

"Polis turut mengeluarkan saman ke atas pemilik lori yang berusia 58 tahun kerana membenarkan kenderaan itu dipandu oleh individu yang tidak mempunyai lesen," katanya kepada Bernama hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Selasa lepas, seorang wanita nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di persimpangan berkenaan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat kecederaan parah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!