Mesin layan diri rokok elektronik galak budaya merokok - MCPF

Gambar hiasan (Gambar kecil: Ayub)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Ayub)
A
A
A

PUTRAJAYA - Penjualan rokok elektronik (Vape) secara terbuka tanpa sebarang pemantauan menerusi mesin layan diri akan menggalakkan budaya merokok dalam kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja, malah kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob, ia turut mendorong kepada langkah awal kanak-kanak, remaja bawah umur dan pelajar sekolah untuk terjebak dalam penagihan serta penyalahgunaan dadah di negara ini.

"Penjualan secara terbuka seperti itu dikhuatiri memudahkan akses golongan terbabit untuk mendapatkan peranti merokok tanpa pengawasan," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan stesen televisyen tempatan yang melaporkan penjualan rokok elektronik secara berleluasa menerusi mesin layan diri di sebuah pusat membeli belah di Klang, Selangor.

Jelas beliau, tindakan pemilik mesin layan diri itu jelas melanggar Fasal 10 (1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852).

"MCPF berharap agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) yang diluluskan Parlimen pada hujung tahun lepas dan diwartakan Februari lalu secepat mungkin.

"Ini bagi memastikan generasi baharu tidak terjebak dengan ketagihan vape sekali gus mengawal penyalahgunaan dadah dalam

kalangan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!