OPR kekal 3.00 peratus - BNM

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) Bank Negara (BNM) membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

BNM dalam satu kenyataan berkata, keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di negara ini itu diputuskan pada mesyuarat MPC BNM pada Khamis.

Menurut bank pusat itu, pada paras tersebut, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

"MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian trajektori inflasi dan trajektori pertumbuhan dalam negeri.

"MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil," katanya.

Tambahnya, inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8 peratus pada lima bulan pertama tahun tahun ini dan seperti dijangka inflasi akan lebih tinggi pada separuh kedua tahun 2024 berikutan rasionalisasi subsidi diesel baru-baru ini.

"Walau bagaimanapun, kenaikan inflasi masih terkawal berikutan langkah-langkah pengurangan yang dilaksanakan bagi meminimumkan kesan kos terhadap perniagaan," katanya.

BNM pada masa sama katanya, akan terus menguruskan risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan yang ketara.

Artikel Berkaitan:

Ujar bank pusat itu, pada tempoh jangka sederhana, pembaharuan struktur dalam negeri akan memberikan sokongan yang lebih berpanjangan kepada ringgit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!