Wanita mati dalam kereta ke Pulau Pinang untuk bercuti

Jenazah dibawa pulang ke kediaman di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dikebumikan.
Jenazah dibawa pulang ke kediaman di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dikebumikan.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua mayat wanita ditemui dalam keadaan kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di Taman Sri Rambai di sini pada petang Rabu merupakan rakan karib yang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kehilangan kedua-dua wanita berusia 30 dan 25 tahun itu disedari keluarga mereka sebelum laporan polis dibuat pada 5 Julai lalu.

Menurutnya, hasil siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata dan peralatan lain yang boleh mengaitkan dengan unsur jenayah.

"Mayat kedua-dua wanita berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk tujuan bedah siasat.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan dua mayat wanita ditemui dalam keadaan sudah kembung dan berbau busuk di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, dua wanita itu berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih lima hari susulan mayat mereka sudah kembung dan berbau busuk.

Artikel Berkaitan:

Turut ditemui adalah nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di bahagian papan pemuka (dashboard) kereta terbabit.

Kedua-dua mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Sementara itu tinjauan di HSJ mendapati jenazah kedua-dua wanita itu sudah dituntut ahli keluarga pada jam 2 petang selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dikebumikan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!