Salah guna derma RM3 juta: 4 direman termasuk suami isteri pempengaruh

SPRM menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana derma awam berjumlah RM3 juta. Foto Bernama
SPRM menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana derma awam berjumlah RM3 juta. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana derma awam berjumlah RM3 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 30-an telah ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Susulan penahanan itu, katanya, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

"Perintah reman selama empat hari bermula Khamis sehingga Ahad telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

"Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyalahgunakan kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul," katanya pada Khamis.

Sumber berkata, dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.

Pada masa yang sama, menurutnya, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!