Koronavirus: Kerajaan perlu halang kemasukan pelancong

Zamri Hashim
Zamri Hashim
A
A
A

IPOH - Kerajaan perlu mempertimbangkan langkah untuk tidak menerima kemasukan pelancong dari negara yang telah dikenal pasti sebagai punca wabak koronavirus.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah yang dilakukan oleh banyak negara lain itu perlu dilakukan di negara ini bagi membendung wabak berkenaan merebak.

Menurutnya, dalam menghadapi wabak koronavirus di seluruh dunia, Islam mempunyai panduan yang perlu dijadikan panduan setiap muslim dan seluruh penduduk negara ini.

"Saranan mengadakan solat hajat dan membaca doa-doa yang ma'thur adalah sangat perlu di dalam menghadapi situasi yang semakin merisaukan masyarakat.

"Di samping solat hajat, sedangkan ada satu lagi unsur penting lain yang disaran oleh Nabi Muhammad SAW iaitu kuarantin negara ini daripada dimasuki rakyat punca wabak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan berhak menyekat kemasukan pelancong ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakit berkenaan merebak di dalam negara ini.

Dalam pada itu, Zamri berkata, semua penduduk negara ini wajib mengikuti panduan kesihatan dan kawalan penularan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!