Rasuah: Bekas Menteri Pertanian Indonesia dihukum penjara 10 tahun

Syahrul dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (AS$18,520) atas kesalahan rasuah. Foto Reuters
Syahrul dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (AS$18,520) atas kesalahan rasuah. Foto Reuters
A
A
A

JAKARTA - Bekas Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (AS$18,520) atas kesalahan rasuah membabitkan suapan dan peras ugut dalam kementerian itu.

Mahkamah Daerah Jakarta Pusat juga memerintahkan beliau membayar 14.15 bilion rupiah (AS$873,640) dan AS$30,000 sebagai pampasan manakala aset akan dilelong jika beliau gagal membayar dan berpotensi menambah dua tahun lagi kepada hukumannya.

Ketua Hakim, Rianto Adam Pontoh menyatakan bahawa jumlah itu mencerminkan faedah kewangan yang diperoleh Syahrul, 69, daripada menyalahgunakan kuasa dengan memaksa rasuah dan memenuhi keperluan keluarganya, ketika mengumumkan keputusan itu pada Khamis.

Hakim juga menekankan faktor yang memburukkan keputusan itu termasuk mengelak Syahrul dalam memberi keterangan, kegagalan untuk memenuhi standard yang diharapkan sebagai pegawai kerajaan dan keuntungan kewangan keluarganya daripada rasuah.

Faktor mitigasi yang dipertimbangkan termasuk umur Syahrul, sumbangan semasa krisis makanan seperti pandemik Covid-19, anugerah atas kerjanya dan kelakuan hormat semasa perbicaraan, katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!