Syabu RM4 juta diseludup dari negara jiran dirampas

Khaw Kok Chin (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Khamis.
Khaw Kok Chin (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM4 juta susulan tangkapan dua lelaki secara berasingan di Desa Petaling di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan sekitar jam 2.40 petang itu berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Preve dipandu seorang lelaki.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menjumpai 120 bungkusan plastik berwarna hijau yang berisi dadah syabu

"Susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Kedua-dua lelaki berusia 37 dan 43 tahun itu berperanan sebagai 'transporter' dan penjaga stor," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai yang aktif sejak pertengahan tahun lalu menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran dengan menggunakan jalan darat.

"Bekalan dadah itu kemudian diedarkan untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Lembah Klang," katanya.

Kok Chin berkata, saringan awal mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Semakan rekod jenayah mendapati hanya seorang suspek mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan dadah.

"Kedua-dua suspek itu direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 Julai bagi membantu siasatan Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!