Hoe Yean idam rekod baharu di Paris

Hoe Yean. Foto Bernama
Hoe Yean. Foto Bernama
A
A
A

PERENANG negara, Khiew Hoe Yean memasang impian untuk membaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Sukan Olimpik 2024 di Paris akhir bulan ini.

Bagi memastikan ia menjadi realiti, atlet berusia 22 tahun itu akan meningkatkan tahap kelajuan renangannya ketika menjalani kem latihan di Ireland minggu depan.

"Saya mahu memperbaiki masa peribadi (rekod kebangsaan). Saya giat berusaha mengatasi masa terbaik 3:48.36 saat (s).

"Ini antara matlamat utama di Paris. Sangat gembira untuk berada di sana. Saya bertekad melakukan yang terbaik dan meraih pengalaman di Paris," katanya.

Beliau ditemui media ketika menerima kunjungan Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.

Hoe Yean sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 400 m gaya bebasnya pada Terbuka Australia di Gold Coast April lalu.

Dalam pada itu, Hoe Yean mengakui beraksi di pentas terbesar dunia tersebut merupakan impiannya sejak kecil dan tidak mahu mensia-siakannya.

"Menjadi impian saya untuk bertanding di Olimpik. Sejak mula berenang, ketika berusia lapan tahun saya beritahu ibu bahawa saya mahu ke Olimpik suatu masa nanti. Ia impian dari kecil lagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!