16 nelayan Indonesia dihantar pulang

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri (dua dari kanan) dan Sigit S Widiyanto pula mewakili pihak KJRI.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri (dua dari kanan) dan Sigit S Widiyanto pula mewakili pihak KJRI.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 16 nelayan Indonesia yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara ini pada 25 April lalu dihantar pulang pada Khamis.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pihaknya turut menerima serahan Kapal KM Surya Indah 10 dan Kapal Bintang Jaya 9 yang dinaiki kesemua 16 nelayan berkenaan.

"Penyerahan tersebut dilakukan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kepada pihak KJRI di perairan Malaysia-Indonesia hari ini.

"Kesemua 16 nelayan tersebut dari dua kapal nelayan berbeza di mana 13 nelayan dari Kapal KM Surya Indah 10 yang berasal dari Bintan dan Lingga, Kepulauan Riau manakala tiga lagi dari Kapal Bintang Jaya 9," menurut kenyataan berkenaan.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil mewakili Maritim Malaysia manakala Sigit S Widiyanto pula mewakili pihak KJRI di Johor Bahru.

Untuk rekod, 13 daripada nelayan tersebut sebelum ini ditahan pihak Maritim Zon Maritim Tanjung Sedili di perairan Kota Tinggi pada 25 April lalu kerana menangkap ikan tanpa kebenaran.

Manakala tiga lagi nelayan Indonesia diselamatkan selepas Kapal KM Bintang Jaya 9 mengalami kerosakan dan hanyut selama enam enam hari di perairan Malaysia.

Ketiga-tiga mereka diselamatkan pada 5 Julai lalu oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sekitar Pulau Tioman, Johor dan kemudian diserahkan kepada APMM Pos Maritim Teluk Gading.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua mereka didakwa di Mahkamah Seksyen Kota Tinggi pada 24 Jun lalu dan hakim memerintahkan mereka dibebaskan manakala Kapal KM Surya Indah 10 pula diserahkan kepada pihak Maritim.

Sementara itu, pihak KJRI menegaskan bahawa pemulangan kesemua 16 nelayan dan dua kapal tersebut melambangkan kerjasama erat antara kerajaan Indonesia dan kerajaan Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!