'Mahu jadi yang pertama'

Inspirasi gelaran juara dunia 2022 menyuntik semangat Aaron (kiri) dan Wooi Yik untuk memburu emas di Paris akhir bulan ini. Foto Bernama
Inspirasi gelaran juara dunia 2022 menyuntik semangat Aaron (kiri) dan Wooi Yik untuk memburu emas di Paris akhir bulan ini. Foto Bernama
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu menjadikan kejayaan muncul juara dunia dua tahun lalu sebagai inspirasi melakar sejarah sama pada Sukan Olimpik 2024 di Paris hujung bulan ini.

Pasangan nombor lima dunia itu menjadi wakil pertama negara dalam sukan badminton yang muncul juara dunia di Tokyo, Jepun pada 2022.

Justeru pentas Olimpik kali ini menjadi medan terbaik buat mereka mengintai peluang untuk merangkul pingat emas.

“Sudah tentu ia (juara dunia 2022) menjadi motivasi buat kami. Ia mampu menaikkan semangat kami apabila meraih kejayaan yang tidak mampu atlet lain lakukan.

“Jadi, Olimpik kali ini jadi peluang terbaik untuk kami melakukannya, namun kami tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri, sebaliknya akan berjuang habis-habisan.

“Tiada tekanan dan kami hanya mahu menikmati setiap perlawanan dan pantang buat kami menyerah kalah," ujar Aaron.

Sebagai rekod pada tahun ini, mereka belum meraih sebarang gelaran dengan pencapaian terbaik ialah muncul naib juara di Seluruh England.

Pencapaian lain ialah mara ke separuh akhir Terbuka India dan Kejohanan Badminton Asia, suku akhir Terbuka Malaysia, Terbuka Perancis, Masters Malaysia serta Terbuka Singapura.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Aaron mengakui mengalami penurunan berat badan menjelang 14 hari temasya terbesar dunia tersebut dan berharap ia dapat membantunya memperagakan prestasi terbaik di Paris.

“Ia hasil program latihan yang diberikan jurulatih (Tan Bin Shen). Selain itu saya turut berdiet.

“Saya berjaya mengurangkan lemak dan membina otot. Ia bukan baru, tetapi sudah bermula sejak awal tahun ini. Fizikal yang lebih baik, diharap dapat bantu saya di Olimpik nanti," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!