Waspada scammer guna nama individu terkenal

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap taktik sindiket penipuan yang menggunakan gambar individu ternama, selebiriti dan ahli politik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mengesan paparan iklan itu turut menggunakan gambar individu-individu ternama di media sosial.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak sesekali terpengaruh dengan taktik sindiket penipuan.

"Orang ramai juta dinasihatkan jangan 'melayan' sindiket penipuan, agar tidak menjadi mangsa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Selasa media melaporkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad membuat laporan polis berhubung sebuah skim pelaburan di aplikasi Telegram yang didakwa menyalahgunakan nama dan gambar beliau.

Nik Nazmi dalam hantaran di Twitter memaklumkan, laporan tersebut dibuat oleh wakilnya di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, Rabu minggu lalu.

Laporan polis dibuat untuk menafikan penglibatannya dengan akaun terbabit serta menjaga nama baiknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!