Penyasaran semula subsidi RON95 akan guna data PADU - Rafizi

Data daripada Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
Data daripada Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
A
A
A

SHAH ALAM - Data daripada Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan penyasaran semula subsidi petrol RON95.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu akan diperhalusi, namun buat masa ini kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

Menurutnya, dengan menggunakan data daripada PADU, ia akan menambah baik program sosial dan ekonomi rakyat di negara ini selain mengurangkan ketirisan.

“Sekiranya kerajaan membuat keputusan apa-apa bentuk dasar yang melibatkan penyasaran semula subsidi RON95 memang sudah ada keputusan dasar bahawa ia akan menggunakan sepenuhnya data PADU.

“Walau bagaimanapun, seperti yang disebut sebelum ini kerajaan pada masa ini masih lagi memperhalusi mekanisme penyasaran memandangkan tumpuan kerajaan adalah untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama

"Pada masa akan datang kerajaan akan menggunakan data PADU bagi pelbagai kegunaan yang dibangunkan oleh pelbagai agensi dalam usaha untuk menambah baik perancangan program sosioekonomi terutama dalam mengoptimumkan sumber, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Dewan Rakyat pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pada 9 Jun lalu, kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter selaras dengan perlaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.

Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penetapan dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula 'Automatic Pricing Mechanism'.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!