Kedai cuci kenderaan gajikan PATI kena serbu

Antara warga asing yang ditahan untuk diperiksa dalam operasi di sebuah kedai mencuci kenderaan dekat stesen minyak berhampiran sebuah lebuh raya di Petaling Jaya pada Selasa.
Antara warga asing yang ditahan untuk diperiksa dalam operasi di sebuah kedai mencuci kenderaan dekat stesen minyak berhampiran sebuah lebuh raya di Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah kedai mencuci kenderaan di stesen minyak berdekatan lebuh raya di sini diserbu selepas dipercayai menggajikan warga asing yang tidak memiliki permit pada Selasa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh berkata, seramai 12 pekerja warga asing ditahan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari itu.

Beliau berkata, operasi melibatkan seramai 17 pegawai Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

"Seramai 12 lelaki warga Bangladesh yang ditahan dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua individu ditahan berumur antara 25 hingga 35 tahun," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, lokasi serbuan merupakan premis stesen minyak yang menawarkan khidmat mencuci kenderaan.

"Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung warga asing yang bekerja di premis tersebut disyaki tidak memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ruslin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

"Tindakan tegas turut diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!