'Senior paksa beli, masakkan mi segera di bilik asrama setiap hari'

Ibu mendakwa anaknya kerap dipaksa beli dan masak mi segera Korea di bilik asrama pelajar senior terbabit. Gambar hiasan
Ibu mendakwa anaknya kerap dipaksa beli dan masak mi segera Korea di bilik asrama pelajar senior terbabit. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 13 tahun dibuli secara mental di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Perkara itu didedahkan pengguna aplikasi Threads, @iqa.schamemey baru-baru ini yang memohon bantuan warga maya mengenai tindakan yang perlu diambilnya bagi membendung kejadian itu berulang terhadap anaknya.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu mendakwa anaknya kerap disuruh beli dan masak mi segera Korea di bilik asrama pelajar senior terbabit.

Perkongsian @iqa.schamemey di aplikasi Threads mengenai kes buli melibatkan anaknya.
Perkongsian @iqa.schamemey di aplikasi Threads mengenai kes buli melibatkan anaknya.

Wanita itu berkata, anaknya tidak membuat aduan kepada warden atau guru MRSM terlibat kerana bimbang keselamatan diri jika diketahui pelajar tingkatan lima berkenaan.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pengguna Facebook, Dr Zaharuddin Abd Rahman yang menyifatkan kes buli secara mental dikhuatiri boleh mengakibatkan kecederaaan fizikal sekiranya tidak dibendung.

"Bermula dengan begini (buli mental) dibimbangi boleh diikuti dengan kekerasan fizikal yang akhirnya membawa kecederaan tubuh dan mental. Pihak Mara wajib bertindak," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Asyaf membalas hantaran Dr Zaharuddin di Facebook dan menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap kes buli di MRSM
Asyaf membalas hantaran Dr Zaharuddin di Facebook dan menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap kes buli di MRSM

Sementara itu di ruangan komen, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan apa juga bentuk buli, terutama melibatkan fizikal.

"Pengurusan Mara amat mengetahui bahawa saya berpegang kepada prinsip “You touch, you go' (kamu sentuh, kamu keluar).

"Tidak layak duduk dalam MRSM jika tidak boleh belajar hidup bermasyarakat dan berakhlak," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!