Penunggang motosikal lagak aksi berbahaya ditahan

Video tular yang memaparkan aksi berbahaya seorang penunggang motosikal di Jalan Persiaran Kemajuan Bandar Baru Bangi pada Rabu.
Video tular yang memaparkan aksi berbahaya seorang penunggang motosikal di Jalan Persiaran Kemajuan Bandar Baru Bangi pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Jalan Persiaran Kemajuan Bandar Baru Bangi dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular berdurasi 17 saat yang memaparkan aksi penunggang motosikal itu pada jam 7.24 malam.

"Bertindak berdasarkan rakaman video tular tersebut, kita berjaya mengesan dan menangkap seorang lelaki berusia 22 tahun di Balai Trafik Kajang pada jam 1.30 pagi Khamis," katanya.

Naazron berkata, lelaki itu telah direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan1987,

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Khairul Ismail di talian 01133210917.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengamalkan pemanduan berhemah, tidak melakukan aksi bahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain serta sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!